Gambar di bawah sekadar hiasan..... Nanti akan diupdate entrynya lagi.... Tapi... Hari ni menerima perkhabaran duka... My x-SV saya... Assoc. Prof. Dr. Mohd Shariff Mohd Saad.... Telah kembali ke rahmatullah... Petang tadi akibat serangan jantung di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana Shah Alam lebih kurang jam 330 pm... Beliau dikatakan dikebumikan malam ni sekitar jam 9 - 10 malam di kampungnya di Durian Tunggal Melaka...
Hakikatnya.... Dia amat dekat di hati saya... Dan... saya pernah menjadi anak didiknya dari pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Masters dan PhD... Walaupun pada peringkat PhD, saya bertukar SV pada semester ke-3, dia tetap seorang yang banyak memberikan kenangan buat saya dalam mengharungi pengajian saya.... Al-Fatihah untuk arwah... Pemergiannya amat mengejutkan kami warga anak didik Fakulti Pengajian Maklumat Moga dia ditempatkan di kalangan para SOLIHIN... Amin....
No comments:
Post a Comment