“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Thursday 22 January 2015

Unstructed INTERVIEW @ Unimap LIBRARY ~ PhD Task

Rasanya this week full of sentimental value… :P Macam2 yang berlaku… Macam2 yang datang dan pergi dalam life saya…


Saya mendapat cuti tanpa rekod hari ni… Mengenai pembelajaran dan lanjutan kisah perjalanan PhD saya… Macam saya penah kata… Still moving walaupun sangat perlahan… Study pada usia macam ni.. Plus dengan kerja dan terpaksa membahagikan masa dengan hal2 di rumah terutamanya mak yang dalam keadaan sangat kurang sihat… Sangat2 memerlukan kesabaran dan ketabahan dalam diri saya… Tapi saya sangat percaya.. Allah menduga manusia itu mengikut kemampuannya… Malah, dengan cara kita menangani ujian tersebutlah menjadikan hati kita semakin kuat dan kita antara yang hebat kerana dapat menerima dengan tenang… Menjadikan itu semua satu yang di akhirnya akan ada sedikit senyuman yang tersimpan… Dan Alhamdulillah…. Walaupun mungkin saya bukan anak yang hebat…. Saya bukan pelajar yang pintar… Saya juga bukan pekerja yang disayangi… Saya tetap dapat menjalankan tanggungkawab itu dengan setermampunya saya…

Hari ni… Destinasi saya adalah ke Unimap untuk urusan pengajian saya… Saya dah buat appoinment dengan Pn. Mazmin, Ketua Pustakawan di Perpuskaan Unimap (Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra) lebih kurang 2 minggu yang lalu… Dan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di bangunan yang saya rasakan sangat cantik dengan kemudahan perpustakaan yang sedia ada dilengkapi dengan peralatan moden.. Tak seperti perpustakaan di tempat saya bekerja…

Paling penting, ianya berjalan seperti yang direncanakan.. Alhamdulillah… SYukur sangat2… Terima kasih kepada Pn, Mazmin dan kakitangan yang melayan saya dengan baik sekali… Mungkin dalam masa terdekat ni saya akan berkunjung lagi.. Inshaa Allah… J













































































































































































































































































































































Tuesday 20 January 2015

YASIN & Tahlil Serta Kisah MY MR Gen2...

Bismillahirrahmanirrahim....
Sekitar majlis bacaan Yasin dan Tahlil kat ofis... Hari ni tema negeri SELANGOR... Memberanikan diri untuk kelihatan ceria lebih dari hari biasa... Kikikiki....

Petang balik je dari ofis... Terus ke kedai pomen pasai nak replace battery keta... Tapi jadi cite lain laa plak... Yang penting.. Semuanya selamat ok2 ja.. Kan????












































































































19 Januari 2015 ~ Sekitar Majlis Pengkisahan SEJARAH...

Cite semalam... Duty as emcee function joint venture PPAK dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah... Dirasmikan oleh YB Encik Aminuddin bin Omar dan VIP jemputan Tan Sri Abdul Rahman bin Ismail, mantan Timbalan Ketua Polis Negara... Alhamdulillah... All in control...

Walaupun tak sempat nak bekfast... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan... Walaupun skrip baru create pagi tu... Ahaksss... Sering begitu... Pastu dapat lamaran from Gurdial Singh untuk function Mac nanti... 

Ada jugak orang yang menghargai hobby saya ni... Tq Datin atas pujian tersebut... Saya hanya berbakti kerana minat sahaja... Insya Allah.. Tahun ni nak lapangkan masa lebih dalam bidang pengacaraan ni... Mana tau... Esok lusa orang dah tak perlukan kita lagi... :) 




















































































































































































Monday 19 January 2015

JARI Kelingking PATAH !!!

Allahuakhbar... Allah Maha Besar... Allah knows better.... Kan? Seringkali saya motivate diri sendiri... Setiap apa yang terjadi adalah rencana ALLAH... Setiap kejadian yang menimpa sebenarnya menunjukkan betapa kita kena kuatkan diri untuk semua tu...

Cumanya.. Setiap kali saya nak berdepan dengan hal2 yang penting dan memerlukan komitmen, mesti something yang terjadi.... Last year mak sakit.. This year Aton pulak... Hal yang tak disengajakan... Terkapit pintu keta lak... So jari kelingking kirinya patah... Ni lak gambar xray yang sempat dirakam time Aton menjalani pembedahan di PMC Sabtu lalu jam lebih kurang 4 - 6 petang.... Sampai ke tarikh ni Aton masih admit lagi...

Terima kasih pada yang sudi menjenguk dan bertanya khabar... Terima kasih semuanya... Yang datang berkunjung dan lain2 laaa.... 

Walaupun macam tak percaya... Tapi itulah kenyataannya yang perlu ditelan... So, get well soon... Moga cepat sehat tangan tu... Walaupun sakit mulut lalu makan dan tingin macam2... Kikiki....

Oklah... Mak pun xsehat.. Demam.. Mungkin susah hati kat Aton kot.. Saya lak... Ke sana ke sini... Marathon.. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan untuk terus berbakti kepada famly... Nanti kita story lagi k...