Rasanya this week full of sentimental value… :P Macam2 yang
berlaku… Macam2 yang datang dan pergi dalam life saya…
Saya mendapat cuti tanpa rekod hari ni… Mengenai
pembelajaran dan lanjutan kisah perjalanan PhD saya… Macam saya penah kata…
Still moving walaupun sangat perlahan… Study pada usia macam ni.. Plus dengan
kerja dan terpaksa membahagikan masa dengan hal2 di rumah terutamanya mak yang
dalam keadaan sangat kurang sihat… Sangat2 memerlukan kesabaran dan ketabahan
dalam diri saya… Tapi saya sangat percaya.. Allah menduga manusia itu mengikut
kemampuannya… Malah, dengan cara kita menangani ujian tersebutlah menjadikan
hati kita semakin kuat dan kita antara yang hebat kerana dapat menerima dengan
tenang… Menjadikan itu semua satu yang di akhirnya akan ada sedikit senyuman
yang tersimpan… Dan Alhamdulillah…. Walaupun mungkin saya bukan anak yang
hebat…. Saya bukan pelajar yang pintar… Saya juga bukan pekerja yang disayangi…
Saya tetap dapat menjalankan tanggungkawab itu dengan setermampunya saya…
Hari ni… Destinasi saya adalah ke Unimap untuk urusan
pengajian saya… Saya dah buat appoinment dengan Pn. Mazmin, Ketua Pustakawan di
Perpuskaan Unimap (Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra) lebih kurang 2
minggu yang lalu… Dan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di
bangunan yang saya rasakan sangat cantik dengan kemudahan perpustakaan yang
sedia ada dilengkapi dengan peralatan moden.. Tak seperti perpustakaan di
tempat saya bekerja…
Paling penting, ianya berjalan seperti yang direncanakan..
Alhamdulillah… SYukur sangat2… Terima kasih kepada Pn, Mazmin dan kakitangan
yang melayan saya dengan baik sekali… Mungkin dalam masa terdekat ni saya akan
berkunjung lagi.. Inshaa Allah… J
No comments:
Post a Comment