“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Monday 30 January 2012

Sekadar Ingin BerKONGSI..... Pernahkah Terlintas Di FIKIRAN Anda??

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia. Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya. Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita. Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.


Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya. Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin. Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.


Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami. Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita. Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.


Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia. Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan? Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.


Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan. Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita. Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.


Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita. Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu? Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.


Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya. Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu. Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.


Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

Sunday 29 January 2012

DUTY As EMCEE For That DAY....





Alhamdulillah.... 27 - 29 January 2012 baru2 ni... Ditugaskan dengan team2 PPAK yang lain untuk majlis besama GAPENA... Iaitu Simposium 4 Dekad GAPENA yang melibatkan beberapa buat negara seperti Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia dan juga Brunei.... So far, alhamdulillah.. Semuanya lancar seperti yang dikehendaki... Dan gambar2 di sini adalah semasa sesi lepas selesai Jamuan Makan Malam pada 27 January tu.... Gambar di atas adalah gambar Tan Sri Prof. Emeritus Datuk Dr. Ismail Hussein, Ketua SATU GAPENA... Dan yang bawah tu MB Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak....









Ok... As usual... After majlis... Sempat makan sat abc.... Yang lain2... Tak sempat... Dan sempat jugak makan sate daging yang member ambik boh dalam pinggan dia.... Mujur... Mee tak makan walaupun nampak sangat sedap... Huhuhuhu.. Ok.. Saya tak makan mee... So bukan salah sapa2... Salah sendiri.... Mee tak lalu.... Maggi ok!!!



Nak cite panjang2 pun tak de apa... Just issue baju saya kale garang jer... Bukan salah baju... Salah camera... Tapi ok kan?? Berani pakai baju kale2 macam ni... Baju sponsored... Tapi upah sendiri... Tq pada yang sponsored.... Ngeeeeeeeeeee.... Oh... Ape2 pun... ok jer majlis malam tu.. Dan sempat jugak kami dari PPAK yang kena duty malam tu bergambar.... :P

Friday 27 January 2012

Self MOTIVATION....

If you think you are SAD, DOWN, STRESS, ANGRY, SICK or BROKEN HEART, just remember there is always someone WORSE than you....

PART 05 ~ LAST DAY Story @ Regency JERAI.....





Last picture or entry 'bout photocamp @ Jerai Hill.... Time orang kalut2 ikut cikgu2 yang mengajaq... Kami still leh buat aktiviti sendiri.... Sebab... Adakalanya snap menjadi... Adakalanya snap tak menjadi.... Dalam suasana kesejukan... Berebut2 nak ambik trigger... At last, buat keje sendiri... Pagi tu kami ada sesi snap picture scenary... Bermula jam 630 pagi... Sampai situ dah kol 7 pagi... Tapi still gelap lagi... Sejuk.... Tapi siap mandi semua dah... Takut satgi bersiap lambat... Walaupun bukan makeup tebai 10" tapi kena gak makeup kan... Menutup cela2 di muka... Kekekekekeke...... Dan sekarang... confirmlah... Saya tak minat ambik gambar landscape... Sebab tak pandai... Tripod pun parking dalam keta kat bawah gunung jer... So macam mana??? Tengok saja lah jawabnya..... Dan lepas tu shoot pre wedding pasangan yang ambik package dari THINKPHOTO.... Shoot kali ni tak menjadi... So, saya tak nak semakkan entry ni.... :P



Ok... Sebab As pakai baju kale mengancam dan terang macam ni... Sila jadi MODEL untuk sesi shoot ni... Kekekekeke... Terfkir lak bila upload pic ni masuk dalam blog ni.. Nape saya tak letak salah satu gambar ni untuk kriteria pemilihan shoot yang saya rasa ok... Mungkin masa dok pilih2 dalam kamera tu... terlindung pandangan mata saya untuk gambar ni... Apa pun.... Camera kat tangan dia tak lepas pun... Kekeke... Pegang kemaih.... :P



Kami selalu menjadi student contoh... Masuk kelas awai... Sebelum orang len masuk lagi... Dan ni sesi last untuk presentation sebelum ambik sijil dan balik ke umah masing2.... Hari tu cuaca sangat panas... Tapi still ada imbas2 sejuk bukit tu.....



Uishhhhh.... Diet please............... :P Kononlah kan nak diet sangat... Dalam pinggan sapa saya snap ni???? Hehehehehe.... Kopok yang sangat sedap... Walaupun ikan tak bopa rasa... Kerangupan tetap ada..... I LIKE !!!



Setiap peserta dah terima sijil penyertaan.... Alhamdulillah... Cuba mengumpul sijil sebanyak mungkin.... Tak semestinya sijil berkaitan dengan akademik saja... Walaupun adakalanya rasa sijil ni tak lah leh diketengahkan sangat... Tapi at least saya ada... Dan sesi shoot sebelum balik..... Aksi santai dan aksi berhemah....





Ohhhh... Gambar bawah ni... Saya dapat hadiah kecik dari PKNK.... Latar di layar adalah gambar yang saya menang setelah hasil dari komentar cikgu dan rakan2.... Tima kaseh..... Sesungguhnya... Saya Budak Baru Belajar....

Thursday 26 January 2012

SABAR Itu UKIRAN JIWA......

STATUS saya pagi ni.... SABAR ITU UKIRAN JIWA.... Cuba untuk menjalani hari2 seperti biasa.... Supaya keresahan sebenarnya tak terpancar.... InsyaALLAH.... Mengawal diri yang terlalu marah atas satu perkara yang kurang profesional... Pada mulanya ingin sangat saya ARGUE... Tapi, akhirnya kesakitan itu sedikit demi sedikit hilang... Berdiam untuk memberi ketenangan dan laluan kepada orang lain untuk terus2an membanggakan diri atas tindak tanduk mereka.... Biar mereka rasa kepuasan hati di situ.... Dan saya... Biarlah menjadi seperti saya... Yang sering mempamerkan senyuman sekalipun kadang2 sangat payah.... InsyaALLAH... Sejak bertahun dulu saya mengamalkan keadaan sabar macam ni... Dan selama inilah saya cuba bertahan sekalipun kadang2 saya perlu mengeluarkan air mata tanpa di pengetahuan orang lain.... Biar orang sekeliling memandang saya kuat... Biar orang lain mengatakan mereka ingin berada di tempat saya.... Walaupun.... Pada hakikatnya bukanlah seindah yang nampak di luarannya.... MasyaALLAH...


Semalam.... Saya sangat geram dengan satu hal... Dan hari ni... Saya dikejutkan dengan sesuatu yang takut pada mulanya... Tapi at last menjadi sangat sakit hati... Kenapa perlu ada perasaan macam ni.... Tak de lagi tempat nak bercerita... Tak de lagi tempat untuk meluahkan perasaan... Dan saya rasa tentu ada yang menarik nafas lega dengan ketiadaan saya..... Tak per.... Saya memang dah bersedia... Bukan sekarang malah dari dulu lagi... Sebab saya tahu... Apa yang diluahkan tak sama dengan isi hati.... Apa yang dilakukan, atas dasar kasihan bukan tanggungjawab... Dan semalam, saya tak sempat membuat listing tentang keburukan... Yang saya nampak hanyalah kebaikan... Mungkin masa saya terlalu sempit... Banyak yang perlu diselesaikan dari masa ke masa.... Bernasib baiklah insan itu..... Insan yang sejak kebelakangan ini sangat senang untuk melepaskan tanggungjawabnya... Dan juga sangat tidak telus dalam menuturkan kata2nya... Malangnya bagi saya... Saya yang terlibat dalam lakonan itu.... Hahaha!! Sungguh nasib badan!!! Sungguh!!!!


Teringat mimpi tentang arwah ayah pada malam semalam... Teringat kejadian pagi tadi..... Ya ALLAH... Sangat banyak dugaan untuk saya.... Walaupun beribu yang datang... Tetap tak sama dengan seorang yang telah pergi.... Malangnya... insan itu tak pernah mengerti malah tenang2 dan sangat mudah membiarkan saya macam ni.... Sangat2 berTERIMA KASIH atas keperitan ini....


Moga saya akan terus tersenyum dengan keadaan ini... Moga saya terus diberikan dugaan yang sangat indah ini bagi mengimbangi sejauh mana tahap kesabaran saya..... Dan saya akan terus gagah melangkah dengan semua yang telah saya alami ini.... Terima kasih kepada insan2 yang sering menyakiti hati ini.... Mungkin sayalah manusia yang terpilih untuk menongkah semua ini..... Alhamdulillah...........


Mampukah saya memberikan kemaafan pada mereka...??? Ya... HATI saya memang tak betul2 suci untuk persoalan kemaafan itu..... Maafkan saya!!!! :'(

Wednesday 25 January 2012

PART 04 ~ BERSANTAI Lagi @ Regency JERAI.....

Lagi2 gambar yang sempat diabadikan... Dengan kawan2.... :))





















PART 03 ~ BerSANTAI @ Regency JERAI.....





Bersambung cerita lagi.... 20hb Januari 2012... Lepas sesi taklimat dan check in bilik masing2... Masih ada banyak masa sebelum sesi kelas seterusnya jam 3 petang.... Saya dan dua orang member lagi ni sempat bersiar2 ke sekitar kawasan ni... Kononnya nak test camera kami masing2... So, dah jugaklah posing2 walaupun banyak lagi kawasan yang tak sempat sampai.... Tak sempat sungguh....





Ohhh.. Kaklong dan As.... Kebetulan Kaklong yang memang satu ofis.. Dan As pulak keje kat TNB... Kenal As masa sesi kat Langkawi dulu... Sangat peramah... Dan boleh dikatakan satu kepala... Paling kagum sebab husband dia really memahami minat dah kerjaya sambilan or hobbynya ni... Saya...??? Tapi tak pe... Saya membuat atas dasar minat... Kalau ada yang tak faham... Dan tak boleh faham... Apa nak buat... Redha je lah kan????



Kawasan kat sini sangat cantik.... Sejuk... Tak perlu pasang aircond... Lebih kurang macam Cameron Highlands... Tapi Cameron sejuk lagi kalau malam2... Sini macam so-so jer... Kira oklah untuk kategori daging tebal macam saya ni kan??? Kekekekekeke......













Ok.... Nanti update satu lagi entry mengenai gambar gila2 kami..... Sebabnya... Kalau nak masukkan dalam satu entri rasanya macam tak best jer..... Nak cite panjang2 pun.... Tak de apa dah nak cite... Hehehehehe.... So sila tengok gambar2 jer k... :))