Tika mahu meluah rasa, dia terdiam
Tika ingin menghambur marah, dia sabar dalam keheningan
Tika diri mahu menangis, dia lepaskan tawanya
Tika dirinya direndahkan, dia melafazkan syukur kepada Allah
Tika dirinya tinggal kesepian, pastinya ia menunggu kepulangan
Tika dia dihina dan dicerca, hati kecilnya tetap mencinta
Tika dia dilukai, dia tetap mengampuni
Tika langkah ingin diatur pergi, dia tetap menunggu biarpun tak pasti
Tika dia lemah ingin berhenti, semakin ligat dia berlari
Tika dia lelah tanpa daya, dia takkan mengalah pada lelahnya
Tika dia mula meragui, dia bertahan dengan tulus hatinya
Tiba saatnya dia berputus asa, dia berdoa kepada Yang Esa...
Terima Kasih kerana dilahirkan sebagai WANITA...
Kukagum pada kelembutan hati ini...
Terima kasih ALLAH...
No comments:
Post a Comment