“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Sunday 16 October 2011

1st Day HANOI ~ Part 03 ~ WINDOW Shopping.....

Hari pertama kami di bumi HANOI ni.... Lepas saja check-in HOTEL, rehat2... makan untuk lapik perut bekalan yang ada.... Dan terus menapak keluar... Sebelum tu ada buat survey tengok peta yang hotel bagi... Tanya sikit sebanyak tempat2 yang Lin dan buat itenary... Supaya senang nak jalan or menapak ke tempat seandainya dekat.... Keluar jer dari hotel... Hujan still turun... Memang kami sedia maklum pun yang sepanjang kami di HANOI ni, akan ujan setiap hari.... So, dah datang... Kena jugaklah gunakan kesempatan waktu yang sedia ada.....



Beli BAJU HUJAN dengan harga 20 VND... Comel tak kami?? Kalau kat MESIA... Sure tak sanggup nak pakai ni.... Tapi mostly orang2 kat sini pakai je BAJU UJAN ni... Ujan kat sana... Tak macam kat Mesia... Rintik2nya walaupun lebat tapi halus2... So biarpun nipis macam plastik bag boh barang jer... Tapi tak pecah sebab hujannya halus2.... Oh ya... Kami berurusan dengan hotel dan tempahan boat untuk perjalanan esoknya menggunakan USD... Manakala untuk shopping lebih selesa menggunakan VND.... So... Berjuta2 VND yang kami bawak... Kalau nak membeli sesuatu barang, kena kuarkan KALKULATOR supaya tak tersilap pengiraan... Sebab kita tak biasa dengan duit yang bukan selalu kita gunakan... Dan kalau nak tawar harga barang kat sini kenalah tawarkan 75% dari yang diletakkan oleh peniaga di sini.. At least... Last kita akan dapat reduce at least 50% dari harga asal yang diberikan... Itu yang kami pelajari dan gugel before memijak di HANOI ni.... Persediaan kena rapi ok... Supaya tak tertipu....










K lah.... Ini antara 1st view yang saya rakamkan sepanjang berjalan2 di pekan HANOI ni.... So... Banyak lagi story yang akan dimuatkan dalam entry2 selepas ni... Sedang menapis2 gambar yang berlambak untuk dimasukkan ke dalam ni... Tengah cari kesesuaian masa untuk update sikit2.....





Cantikkan baju tu?? Tapi saya tak belilah... Sebab corak2 macam ni saya belum sanggup lagi nak pakai... Hehehehe.... Rasa macam over VOUGE lah pulak... Saya tak reti nak melawa sama... Cukuplah yang simple2 dan selesa......




No comments: