Lepas acara shopping kain, kami balik simpan dulu kain2 yang ada.. Sebab berat dan keadaan cuaca yang tak mengizinkan, tak bolehlah nak angkut kain2 untuk terus shopping kat sini... Ianya akan menyukarkan perjalanan kami.... Memang tujuan asalnya adalah untuk shopping habis2an... Jadi, kena betul2 selesalah..... Lagipun... Dah hari yang terakhir sebelum pagi keesokan harinya kami akan pulang ke Mesia.... Sayangnya jadual penerbangan dari Hanoi - Malaysia - Hanoi hanya sekali sehari... So, kami tiada pilihan lain.... Terasa masa sangat tak cukup... Berbeza dengan hari pertama... Raas nak habiskan satu hari.. Punyalah lama sangat.... Lagipun... jam 530 petang kat sana... suasananya macam 730 malam kat Mesia... Dah kelam...
Sebelum ke HANOI, telah gugel untuk cari makanan ISLAM... Rasanya hanya dapat gugel sebuah restaurant sahaja.... Kami dimaklumkan yang restaurant tu memang tak jauh dari HOTEL... Walking distance jer... Dalam 1 km macam tu lah... Lagipun, tak terasa sangat sebab sepanjang perjalanan kami boleh singgah di kedai2 yang berhampiran sambil menjamu mata... Cuma cuaca time tu yang hujan lebat menyukarkan perjalanan kami... Mujurlah ada baju ujan yang dapat menyelamatkan keadaan... Muat jugak pakai sambil masukkan beg sekali yang digalas di belakang... Biar nampak gedabak... Tapi oklah... Bukan selalu leh pakai macam ni kan??
Lets POSING2 dulu.... Kami sesat time ni... Dah tersasar jauh... Sempat bertanya Jalan Hang Tre di mana lokasi restaurant tersebut.... Dan terpaksa berpatah balik dalam keaadan hujan yang agak lebat.... Tapi as usual tetap enjoy walaupun kaki masih lenguh lagi kesan perjalanan semalam.... Kena kuat semangat nak jalan2 kat tempat orang... Mujurlah saya diberikan member2 yang sangat ceria... Dan tak de merungut letih ke apa ker... Kalau letih pun heret jugak kaki gagahkan berjalan... Time tu.... Semua masa rasa macam terlalu BERNILAI sangat2... Tak nak rugikan walaupun sesaat....
Sejak berada di HANOI... rasanya kami yang paling mudah dikenali.. Sebab bertudung... Sehinggakan uncle2 yang berniaga di situ berkali2 dok sembang dan tanya pi mana2... Hehehe.. Muka kami selama 3 hari berturut2 asyik berlegar kat kawasan tu jer... Sampai dah leh hafal jalan... Jom pi lagi... Nak tak????
No comments:
Post a Comment