“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Friday, 26 July 2013

Ramadhan 17, 1434H ~ Menziarahi PUSARA AYAH

Bismillahirrahmanirrahim... Salam JUMAAT penghulu segala hari.... :) Sepatutnya pagi ni saya dah sampai di KL... Tapi, bukan rezeki untuk tahun ni.. Sedey jugak.. Tapi apakan daya... Segala perancangan tidak menjadi... Apa2 pun... Alhamdulillah... Cuti ujung minggu saya, dapat diperuntukkan untuk arwah AYAH... Syukur Alhamdulillah.....

Pagi lepas selesai keje2 kat umah, terus keluar dengan mak untuk menziarahi pusara ayah... Agak lama jugak saya tak pi menjenguk... Ada sebab2 yang tak dapat dielakkan... Dan mungkin hari ni hari yang sesuai kami ke sini... Keadaan kawasan tanah perkuburan cerah seperti selalunya terutama setiap kali menjelang ketibaan ramadhan dan syawal... Alhamdulillah... Kawasan Tanah Perkuburan Derga ni memang terkawal rapi... Dan untuk tempat persemadian ayah, memang family saya mengambil seorang sukarelawan untuk upah menjaga kubur ayah... Sekejap ja rasanya... Sekalipun dah lebih 7 tahun ayah meninggalkan kami sekeluarga.... Moga ayah tenang di sana... Di dunianya yang baru.... Kita pula ntah bila akan menyusul mengikut jejak2 insan terdahulu... Kan?



















































Lepas melewati ke kawasan ini, saya teman mak membeli ikan dan keperluan persiapan juadah berbuka puasa... Alhamdulillah... Beli ala2 kadar ja... Juadah dan menu berbuka puasa saya untuk hari ni ialah:

  1. Ayam masak kicap
  2. Ikan talapia bercili
  3. Kerabu telur masin + daun sup + tomato
  4. Masalodeh yang sangat sedap
  5. Bubur lambuk
  6. Air soya (home made occay!!!)

Tu je menu untuk hari ni... Semua buat sendiri kecuali bubur lambuk.... :)




































No comments: