“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Friday 19 July 2013

Ramadhan 10, 1434H ~ TAHNIAH!! Ikhmal Dapat Further DEGREE

Syukur alhamdulillah... Seorang lagi adik saya menjejaki langkah saya.... Mengharungi dan memberi deraan kepada BRAIN untuk terus berjuang satu tangga demi satu tangga ke peringkat pengajian seterusnya... Tahniah Ikhmal, adik bongsu saya yang dah dapat result siang tadi untuk sambung study ke peringkat Sarjana Muda dalam course dan fakulti yang sama macam dia ambik diploma dulu kat UiTM Seri Iskandar iaitu UKUR BAHAN a.k.a Quantity Surveyor.... Dan, pastinya mak leh sengeh sikit.... Teringat kat arwah AYAH... Kalau ayah ada pastinya dia akan berbangga dengan kejayaan kami... Biarlah orang lain tak nampak asal ayah tau walaupun hidup kami susah, sekurang2nya anak2 ayah pun leh berjaya seperti orang lain... (Ayaq mata meleleh wei... Sedeynya... Rindu kat arwah...).. Kalau tak de aral, inshaa ALLAH, bulan September ni masuk memerah otak ke kampus kembali....  Moga2 lepas ni leh ke level seterusnya... Master dan PhD... Tapi, bukan paksaan... Terpulang pada kemampuan diri.... 

Jauh di sudut hati, sangat2 bersyukur.. Sebab... Sekurang2nya dapat pecah tradisi... Keluarga kami yang bukan asalnya dari golongan orang senang2... Dapat jugak menjadi seperti orang lain... Sekurang2nya dapat jugak membina kejayaan masing2 dalam bidang masing2.... Harap2, peluang saya pun akan lebih cerah untuk mengharungi pengajian PhD saya... Sekalipun adakalanya terasa terlalu perlahan hayunan langkah... But, it moves.... Dan terima kasih kepada kedua2 SV saya yang selalu membantu dalam perjalanan saya yang sangat sunyi ini.... Uhuk...

Hari cuti hujung minggu.... Sempat membuat sesuatu amalan yang bagus... Iaitu mendobi dan mengemas dengan sebaik mungkin... Plan asal nak keluar untuk selesaikan beberapa urusan tertangguh jugak... Dan our menu IFTAR untuk Ramadhan ke 10 malam tadi ialah:
  1. Popia sardin yang menjadi peberet.... 
  2. Air sirap + bijik selasih
  3. Ketam goreng berlada
  4. Kangkung belacan
  5. Ikan seludu masak asam
  6. Tomyam ayam
  7. Buah kurma gemok yang saya suka
Hari ni, berbuka dengan mak jugak... Tak de ramai2 dah... Ikhmal berbuka kat luar... Aton pulak ada kelas kat UUM... So, seperti biasa... Kami berdua ja... Alhamdulillah.... Dah selesaqi hari ke 10... Kejap ja kan? Ehhh... Persiapan raya korang macam mana? Uhuk!!! 











































































































































:: Snap using camera SAMSUNG Aton lagikkkk!!!! Buat harta peribadi sat!!! ::

No comments: