Jom nak bercerita, 08/07/2013 ~ Aktiviti saya hari ni adalah tertumpu di SK DARULAMAN HEIGHTS, Jitra Kedah Darul Aman... Kami di bawah team services @ PPAK ni dapat invitation untuk buat aktiviti di sekolah tersebut... Ianya actually melibatkan lebih daripada 300 orang pelajar sekolah rendah.... Dan kami actually tak dapat nak menampung students seramai tu kalau nak buat info hunt... Selalunya target paling ramai adalah dalam 100 peserta ja... Kalau lebih dari tu pun... Tak lah sampai 150 orang... Diskas punya diskas dalam meeting dulu, kami buat aktiviti berdasarkan beberapa kategori... Minta cikgu cikgi kat skolah ni tolong devide kumpulan siap2... Senang cite... So, adalah beberapa aktiviti seperti info hunt, dan jugak kolaj serta kraftangan yang didatangkan khas dari PPAK selain dari puppet show yang zaman berzaman berkisahkan tentang cite Awang ngan Pokok Kacang tu... Itu pun... Sambutan sangat hangat walaupun ada masalah teknikal... CD tak jalan... Kekekeke.... Takpa, lain masa kita redah lagi....
Kami memang terpaksa devide ikut team... Team saya adalah 6 orang macam tu... Info Hunt ada 5 segment... Tapi tak dapat buat semuanya sebab satunya sekolah rendah... Duanya... Kesuntukan masa... Depa nak kena ke kantin untuk isi perut lagi... Kalau cakap 1/2 jam, jadi lebih dari masa yang ditetapkan... Nak kepung budak2 ni... Senang ke? Sekolah menengah pun payah.. Ni kan budak kecik2 macam ni... Tu lah... Sebab tu mungkin saya bukan ditkdirkan menjadi cikgu... Tapi tak jadi cikgu pun, budak2 tu call Teacher jugak... Jadilah... Sekali sekala dapat gelaran Cikgu MURNI apa salahnya kan?
Peserta, 100 orang... Cer tengok pic kat bawah Cikgu Murni sedang memberikan taklimat tentang INFO HUNT... Bab nak memberi taklimat macam ni... Alhamdulillah, tak menjadi masalah besar sangat... Cuma kena pandai control budak2 ni supaya tak main kat belakang... Tido? Rasanya tak kot... Sebab saya yang jenis suka gerak budak2... Nak kata sora garang... Kekeke.... Tak jugak kot.... Muahahahaha.....
Apa2 pun... Alhamdulillah... Kami sukses memberi tugasan dan menjalankan aktiviti yang disediakan... Buat kengkawan yang bertanya, bagaimana melaksanakan tugasann ini... Nama atau pendekatan kami ialah Bengkel Pendidikan Pengguna... But lately ni orang pangge Literasi Maklumat... Nama ni digunakan oleh National Library @ PNM.... Saya banyak kali jugak attend bengkel seumpama ini... Dan masih ada perpustakaan yang belum berkesempatan untuk membuat bengkel seumpama ini di perpustakaan masing2... PPAK bukan saja akan ke sekolah2 atas permintaan tetapi juga menerima pelajar2 yang berminat untuk menyertainya... Untuk sekolah yang berminat... Boleh contact dan buat surat melalui Pengarah... Dan sekiranya mendapat kelulusan... Kami dan team2 kami akan bergegas ke sana... Itupun kalau tak de clash ngan aktiviti lain.... Inshaa ALLAH....
No comments:
Post a Comment