“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Sunday, 16 October 2011

1st Day HANOI ~ Part 02 ~ Terbang, Airport dan HOTEL.....

05.10.2011 ~ Seawal pagi jam 610 am kami dah berada dalam perut pesawat ni dah... Penerbangan Air Asia.... Terbang ke bumi Hanoi yang mengambil masa selama 3 jam 10 minit... Alhamdulillah, selamat sampai di bumi Hanoi sekalipun cuaca pada waktu itu kelihatan hujan yang renyai2 kategori lebat... Kelam kabut sebab budget time dari Putrajaya ke LCCT... Kami hampir2 ketinggalan pesawat... Kalau tak, melancong kat KL jer lah.. Hahahaha... Pengalaman yang sangat lucu... Hanya tinggal kami bertiga ja lagi yang tak naik sedangkan semua orang dah siap berada dalam perut pesawat tu dah... Kelakar.....




Sebab.. perjalanan ambik masa lama sangat... Terpaksa jugak order NASI LEMAK PAK NASIR dalam flight ni.... Langsung tak sedap.. RM13 plak tu... Sebab tak booking online..... Mulanya masing2 rasa nak tapau bege Mc D kat epot ja... Apakan daya... Tu pun dah rugi sebab ambik luggage tapi tak sempat nak simpan... Kapai nak terbang dah time tu... Hahaha....



Muka sangat comot... 3 jam... Tido bangun.. Kalih kot ni... kot nu... Tak sedap sungguh... Hehehe... Macam mana nak pi negara yang lebih jauh kalau setakat tu pun bosan???? Hehehehe... Dan lagi snap pic.... Dan selalu.... :P





Dari epot Hanoi ni... (lupa laa nama epot dia... malas nak gugel cari...) kami dah booking taxi untuk pick up... Tanya jugak kat epot tu rate dia... Kalau nak ke Hotel tu dia ambik 30USD... Sedangkan bila bagi hotel tempat kami menginap booking cuma charge 5USD ja... See... dia punya perbezaan... So, dear tourist... Survey betul2... Supaya tak tertipu ok.... Kalau yang jenis kaya raya tu tak pelah... Kami ni budget ciput.... Gambar ja yang over lebey....



Driver taxi pun tak pandai nak berbahasa Inggeris... So, masa dalam keta ni terpaksa dipandu dan membuat spekulasi sendirilah tentang jalan2 area sini... Perjalanan dari epot ke tempat penginapan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam jugaklah.... Time tu sepanjang jalan hujan renyai2... Boleh melihat kesesakan di sana sini apatah lagi dengan bunyi hon yang menusuk2 dari kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya tersebut.... Meriah dengan kebisingan bandarny... Kebanyakan di situ memakai motosikal... Dan ramai yang pakai baju ujan.... Lain sangat dari Mesia....

Yaaa... Kami telah sampai di lobby Hotel dan bertemu dengan Mr. BINH untuk sesi check in bilik.... Masing2 penat ni setelah hampir 3 jam 10 minit dalam kapai terbang tu.... Tapi plan nak masuk bilik kejap ja dan lepas tu shopping or pusing2 kawasan pekan Hanoi tu jer untuk hari ni..... Dan gambar di bawah adalah kawasan di luar hotel yang sempat saya snap sementara menunggu Lin settlekan urusan pendaftaran masuk ke bilik.





Yeeehaaaaa... Ni adalah gambar bilik yang kami sewa... Sangat berpatutan harganya... USD30/day... Sebab kami stay sini 3 malam so semuanya berjumlah USD90... Share 3 orang so pay sorang USD30 jer.... Oklah kan... Sangat selesa.... Semua lengkap... kettle, ironing board.. dan segala yang patut ada di hotel la... Cuma bilik kami ni di Level 2... Naik tannga sebab lift tak de... Tangganya pulak curam2... Dan satu lagi, kat Hanoi ni tak jumpe lak orang yang badan2 besaq macam saya ni... Kecuali tourist... Heheh... Saya tak kisahlah sebab saya pun tourist kan??? Ngeh3x... (Ayat cover beb!!!)





Gambar ni diambil oleh Mr. Binh... Sebab dia pun sama naik ngan kami dok snap pic bilik ni... Agaknya dia baru prepare bilik ni untuk kami bertiga... Sebab tu depa over excited dari kami untuk snap pic bilik ni... So apa lagi... Gunakan kesempatan yang ada untuk minta bantuan Mr. Binh tolong snap pic kami bertiga..... Hehehehehe... Dia sangat sporting.. Tq yaaaa...





Ok... Sesiapa yang nak bercuti ke Hanoi.... Bolehlah menetap kat sini jer... Hotel Golden Sun... Tapi kami ambik anak2 hotel ni laa.. Madam Moon Guest House... Tapi kalau ada yang berazam nak stay kat Hotel2 yang mahal2... Leh laa ambik tempat lain... Bagi kami bertiga.. Tempat macam ni pun dah ok sangat2.... Selesa sangat2.... :))

1 comment:

PokAmid said...

Assalam.

Sy dan 2 kwn (semua kategori pakcik laa) akan ke Hanoi April 2013 depan. Skrg ni duk cari-cari info supaya tidak sesat dan tertipu semasa di sana.

Amat seronok bila terjumpa blog ini kerana ia memberi info yang berharga untuk kesana.