“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Friday, 20 May 2011

BerMUSYAWARAH & Sesi LAWATAN @ Al-Bukhary International University...

Saya adalah seorang Setiausaha untuk Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara untuk beberapa sesi... Rasanya... Sudah hampir 4 tahun saya join semua ni... Dan alhamdulillah... Walaupun... Banyak yang rasa terbeban.. Saya mampu membuat kerja2 luaran ini semampu yang mungkin..... Berada di kalangan orang-orang yang hebat... Orang2 yang penuh ilmu ini... Menjadikan hari2 saya semakin kuat... Walaupun adakalanya rasa "kekurangan diri" itu wujud jugak dalam diri... Apa2 pun... saya akur yang hidup ini perlu diteruskan dan anggap saja hal remeh temeh yang kadang2 datang tu... Akan terus lenyap sikit demi sedikit bila tiba masanya nanti... Dan... insan2 ini... Mostlynya... memberi tunjuk ajar dan adakalanya berkongsi pendapat dan juga kadang2 menerima jugak pandangan saya yang dikira jauh lebih muda dan terlalu kekurangan pengalaman berbanding mereka....







Terima kasih atas pujian dari kawan2... Pujian dari orang sekeliling yang saya hanya kenal ketika function itu berjalan... Mungkin ini adalah satu anugerah yang tiada pada semua orang... Dan saya rasa amat bertuah... Walaupun bidang pengacaraan ini sudah menjadi tidak asing lagi bagi saya.... Tapi saya perlu mempelajari banyak lagi perkara untuk memantapkan sesi penyampaian saya... Saya suka sekiranya diberi tugas mengikut keperluan dan perancangan yang betul... Cuma... Saya tidak suka seandainya saya hanya digunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan kerja2 mereka tanpa memikirkan diri saya... Kadang2... ada pihak yang mahu menjayakan majlis yang ditugaskan kepada mereka tanpa memikirkan komitmen saya.... Apa2 pun... Saya selalunya menerima dan tidak menolak...




Ini adalah lecturer saya... PAK RAY.. Kalau librarian2 sure kenal sebab insan ini pernah menjadi DEKAN yang paling lama di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM suatu ketika dulu... Malah... Beliau pernah mengajar saya semasa di peringkat Ijazah dan Masters... Saya juga menyimpan cita2 untuk berdiri seperti ini dan memberikan ceramah di hadapan ratusan dan ribuan penonton.... Bukan sekadar memberi taklimat lawatan atau di sekolah2 saja... Malah biarlah saya melangkah setapak lagi untuk berkongsi dan memberikan sedikit ilmu yang saya ada.. InsyaALLAH...






Ya... Sangat cantikkan???? Kami ke sini selain bermesyuarat, sempat jugak singgah2 sambil merakamkan keindahan di sekitar kompleks Al-Bukhary yang sekarang dinamakan Al-Bukhary International University (AIU).... Tempat yang sangat cantik... Dan tak semua yang berpeluang masuk ke sini sebab kawalannya amat rapi.. Hanya orang2 yang berurusan saja dibenarkan masuk... Difahamkan lot parking basementnya sahaja ada disediakan untuk 1000 parking... Sesat jugak kami pada mulanya sampai di situ....
















Hmmm... Sangat cantik..... Sekitar pandangan mata saya melalui lensa kamera saya merakamkan keindahan di sini... Untuk berkongsi dengan semua yang membaca coretan saya ni..... Dan terima kasih kepada layanan dari pihak AIU yang sangat baik..... Di hati menyimpan niat untuk mempunyai peluang keje di tempat yang GAH macam ni.... Tak kira lah di mana pun... Cewah... Tingginya cita2... Ekekekekekekekekeke...

No comments: