Sedang mencongak... dan menghitung hari.. menghitung angka ringgit dan semua2 lah... Hari ni RABU... Aku kembali bekerja setelah 2 hari mendapat MC... Dan bila rest kat umah... Apa yang aku buat?? Tido jer... Kali ni demam benar2 demam yang aku rasa agak dahsyat... Tapi masa APRIL lalu lagi teruk rasanya... Huhuhu... Tak leh nak ingat semula hal2 yang menyakitkan itu.... Dalam hati berharap... hal itu tak akan berulang lagi... Apa2 pun... syukur kerana masih lagi bernyawa... Dan paling penting sempat siapkan IS walaupun kekecewaan lalu masih bersarang di hati.... Syukurlah seadanya....
.
Esok dah Khamis.... Jumaat... kami sekeluarga kecuali ATON, akan bertolak ke Ipoh... Seperti dalam perancangan... Nak stay kat IPOH 1 malam sebelum Sabtu pagi menghantar IKHMAL ke destinasi masa depan dia kat UiTM Seri Iskandar... 3 tahun insyaallah... Sekalipun harapan aku sebenarnya pada dia adalah lebih tinggi untuk dia dapat berhijrah ke universiti lain selain UiTM... tapi mungkin jodohnya dah di situ agaknya... Syukur juga pada ALLAH.... Dan saat ini... Kalau ayah masih ada... tentu aku tak perlu sangat memikirkan bagaimana nak uruskan semua ni... Semuanya terletak di bahu aku kan?? Merancang... mengatur, kendalikan itu ini... dan segala2nya.... Macam orang tua2 kan??? Serba serbi aku kena lakukan sendirian... Walaupun ditemani mak... ditemani Eimien... tapi pokok pangkalnya yang perlu membuat perancangan adalah aku... Letey kah?? Kadang2!!.. Ishhh.. sungguh tak baik hati ini... Kalau tak pun... inilah JANJI aku pada arwah ayah... Untuk menjaga keluarga aku kan???
.
Lepas hantar adik... Minggu berikutnya aku kena bertolak ke Shah Alam pulak.. Ini adalah urusan masa depan aku... Sem ni bermula July - Oktober 2010.... Adalah antara masa2 terakhir aku.... Menghabiskan pengajian aku dalam MASTER OF SCIENCE IN INFORMATION MANAGEMENT... Dan andainya tamat pengajian aku ini... maka tertunailah satu JANJI yang pernah aku lafazkan pada arwah ayah suatu masa dulu... At least tahap pendidikan aku sehingga ke peringkat SARJANA kan??? Doakan kejayaan aku... Sekalipun penurunan dari sem ke sem amat menjadikan aku insan yang cepat terasa... Tapi apa kan daya... Aku akan cuba setermampu mungkin... InsyaALLAH.... Moga hati aku tabah dan kuat untuk teruskan semua ni... Andai ada peluang... Aku juga ingin meneruskan lagi sehingga peringkat seterusnya... Hopefully!!!
.
Apa yang nak aku luahkan lagi yer??? Setakat sekarang, hidup aku teratur seperti biasa... Cuba elakkan berfikir yang tak ok2... Cuba gembirakan hati dan diri sendiri... Cuba ceriakan hidup.. supaya aku tak tertekan sangat dengan keje2 yang tak penah sudah ni... Lepas hantar adik ni.... Umah kembali kurang sorang... Harap2 adik2 aku boleh buka mata masing2 dan pandang ke masa depan depa... Sekarang ni... aku perlu memikirkan diri aku sendiri.. Masa depan dan hala tuju aku...
.
Apa yang aku nak dalam hidup aku dalam masa terdekat ni?? Erm... rasa2nya semua dah agak lengkap.. cukuplah.... aku tak perlu apa2 lagi... Cukuplah sekadar aku dapat tumpukan untuk settlekan hal study demi masa depan... Dan paling penting... dia SELALU ADA dalam hidup aku,... THANX dear...... lots of luv.....
No comments:
Post a Comment