Bismillahirrahmanirrahim.....
Kadang2... Kita akan cuba memberikan kebahagiaan kepada orang lain... Sekalipun kita tak mampu melaksanakannya... Kadang2 jugak kita perlu membuat keputusan dengan meneliti kehendak dan cadangan orang lain sekalipun diri sendiri tidak meredhainya... Kadang2 jugak, kita perlu pekakkan telinga untuk menjadi setabah mungkin bagi menjadikan diri kita sungguh kuat pada pandangan mata oang lain... Dan keadaan inilah yang membuatkan kita dipandang dan sekurang2nya kalau tidak semua pun... Ada jugak yang menghargainya....
Pertama sekali ucapan TAHNIAH kepada Jawatankuasa BAKEB yang sesi sebelum ni... 2011/2013 yang saya rasakan dapat menaikkan kembali imej BAKEB PPAK dari terus2 jatuh... Sesi tersebut jugak telah dapat meraih pendapatan demi pendapatan apabila dapat mengukuhkan sumber kewangan yang sedia ada... Dan di kala itu, saya hanyalah menjadi pemerhati dan penyokong di belakang yang sapa2 pun tak nampak... Sekali pun saya dulunya pernah memegang jawatan selama lebih dua sesi... Hampir 5 tahun... Alhamdulillah... Dari sini lah saya belajar menjawab soalan2 yang dilontarkan... Menepis dengan berhemah... Walaupun tak pasti sama ada dipandang berjaya oleh sahabat2 di PPAK ni... Dan, ikhlas saya katakan... Adakalanya pengalaman menjadikan kita lebih tabah dan berani mengendalikan sesuatu permasalah... Yalah... Belajar dari pengalaman kan?
Tapi perasaan lega selepas tidak menjawat jawatan lagi dan ditambah dengan faktor pengajian saya di peringkat PhD kononnya tiada masa untuk itu dan ini....... Hihihi... Sopa nak habaq pelajar cemerlanglah kan? Choooiiiiyyy... Malu ja kalau SV saya baca... Pening kepala depa baca kenyataan ni... Hikhikhik...
Tapi untuk kali ni... Saya tak dapat menolak lagi... Sekalipun hati sangat berat untuk mengambil alih tugasan lama saya... Tapi atas kehendak dan sokongan sahabat2... Saya cuba sekali lagi untuk memberikan khidmat bakti saya untuk meneruskan legasi BAKEB PPAK ini... Inshaa Allah.... Saya rasa jawatan BENDAHARI sesi 2011/2013 adalah yang terbaik, jujur, dan telus melaksanakan amanah yang diberikan.. Mudah2an saya juga seperti Pn. Roshida bekerja dengan jujur dan telus untuk mengambil alih tugas yang diamanahkan.... Terus terang... Hati ini tak redha terima jawatan ini... Tapi, saya tiada choice... Cuma kena berfikiran positif... Saya akan mengambil tugasan ini sebaik mungkin.... Doakan ketelusan saya untuk memberikan khidmat bagi sesi 2013/2015... Dan pada yang mencalonkan nama saya... Menyokong... Memberikan undian... Terima kasih saya ucapkan....
Dan gambar2 di bawah adalah dirakam sewaktu majlis diadakan.... Bertarikh 26 November 2013, lokasi di Auditorium PPAK... Lupa nak snap pic goodies... Tapi kami semua dapat tuala... Dapat roti... Air kotak... guni bag.... Nasi untuk lunch.... Haa... Banyak kan?
Tq pada jawatankuasa yang lalu... Dan selamat berjuang pada jawatankuasa yang baru... :) Satu yang perlu dipegang... Andainya orang lain bersahutan di belakang.... Buktikanlah wahai tonggak kepimpinan yang baru... Bahawa... Kerja anda kerana ALLAH... Bukan demi kepentingan diri semata2.. Dan andainya ada yang mempertikaikan... Anggaplah ianya adalah cabaran bagi melonjakkan kejayaan masa depan anda... Kena selalu berfikiran positif... Inshaa Allah... Jalan akan dibukakan seluasnya dan dipermudahkan... Amin....
No comments:
Post a Comment