“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Sunday 3 February 2013

I'm MOVED...

Bismillahirrahmanirrahim.... Mata masih belum mengizinkan untuk berlabuh menutup tirai.... After lebih dari seminggu bercuti.... Kini saya perlu kembali bekerja demi menyara hidup sendiri... Alhamdulillah... Permulaan 2013 memberi sedikit kekuatan dalam kerjaya dan pengajian saya... Walaupun perihal peribadinya dan nilai kasih sayang sedikit sebanyak telah meninggalkan saya... Keadaan agak jauh berbeza berbanding sebelumnya... Saya nak berfikiran positif... Mungkin ALLAH berikan saya bersendiri demi membuka waktu untuk saya lupakan hal yang ntah ke mana arah dan destinasinya sebaliknya tumpukan kepada sesuatu yang lebih penting pada diri saya... Inshaa ALLAH... Saya cuba sesuaikan sebaiknya.... 






















































Saya akan meninggalkan tempat dan ruangan kerja saya ni... Yang telah saya duduki bermula dari Oktober 2010 sehingga penghujung January 2013.. Lebih dua tahun kan? Dan semasa di sini, ianya banyak menguji ketabahan hati saya... Selama di sini saya belajar menjadi seorang pekerja biasa yang menjalankan rutin harian saya sebagai seorang pekerja mengikut arahan... Tidak pandang pada kedudukan jawatan dan kelulusan saya... Saya belajar bergaul dengan insan2 yang bukan sejantina dengan saya... Banyak berdiam dari bercerita... Bekerja seorang tanpa kakitangan... Semuanya saya lakukan sendiri... Dan dalam tempoh itulah menjadikan saya sangat lali dan selesa dengan jadual kerja saya.... Dan sampai masanya saya telah diarahkan bertukar ke tempat lain.... Saya lebih redha kali ni berbanding keputusan sebelumnya... Sebab mungkin banyak diMOVEDkan ke banyak dept dan saya rasakan ALLAH telah memberikan saya ruang untuk mencuba pelbagai jenis aturan kerja... Alhamdulillah....












































































































Tak tau untuk melakarkan apa.... Esok siang... Saya akan berada di bawah bahagian yang baru... Di samping kakitangan yang baru... Terima kasih kepada rakan seperjuangan yang lama... Walaupun kita masih tinggal sebumbung.. Tapi ruang lingkup kerja kita mungkin tidak sama lagi... Saya sayangkan kawan2 saya... Saya sangat selesa di sini... Walaupun tempat yang baru lebih dekat dengan konsep kerjaya saya sebenarnya... Harapan saya... Saya lebih suksess dalam menjalankan tugasan saya... Dan akan bekerja dengan sebaik mungkin... Inshaa ALLAH.... Amin... Alhamdulillah....


No comments: