Naper tajuk seperti di atas? Ohhh... Hari ni, 08 Julai 2012, Hari Ulangtahun Perkahwinan Mak dan Arwah Ayah saya... Satu lagi hari yang selalunya kami akan celebrate dalam family dengan aktiviti makan2 sejak dari dulu lagi... (Dalam hati terlintas... Harap2 mak masak makanan sepesel buat kami adik beradik...) Hihihihi.... Itu selain birthday, mother's or fathers day... dan hari2 penting yang lain... Dan hari ni.. Kat ofis saya agak kelam kabut... Ada masanya.. Di waktu kepala saya sempat memikirkan sesuatu... Tatkala itu juga terlintas... Kalaulah saya bukan seorang student PhD, tentu hidup saya akan lebih happy tanpa memikirkan sesuatu yang sangat menghantui fikiran saya sepanjang siang dan malam serta hari berganti hari... Terasa seperti pengajian itu terperuk dan merajuk buat seketika... Hmmmm..... Namun... Kaki dah melangkah... Saya akan terus gagahi jugak sekalipun adakalanya perasaan PAKSA RELA menghantui diri...
Lately ni... Hal keje bertimbun2... Dan alhamdulillah... Rezeki saya melalui keje2 luar jugak yang tetiba datang menjadikan saya sedikit lupa dengan masalah berkaitan dengan hal pengajian saya... Sekalipun saya sedar, saya tak mampu untuk melarikan diri jauh dari perkara tersebut.... Huhuhu.... Sabtu nanti ada jemputan lagi untuk mengacarakan majlis dari persatuan luar... Boleh kumpul imbuhan untuk buy something sebagai token untuk diri saya kan? Hal keje, alhamdulillah... Going smoothly... Walaupun macam2 aktiviti yang kena settlekan... Sekalipun saya sedar, saya bukan yang menyediakan program untuk aktiviti tersebut seperti officer lain di PPAK ni.. Tapi saya adalah orang PENTING jugak untuk menjayakan sesuatu majlis tersebut.... Kalau saya silap... Atau saya leka... Dengan penyampaian dan pengucapan saya... Pastinya majlis seakan menjadi hambar... Syukurlah... Mungkin itu jugak salah satu kelebihan yang Allah berikan pada saya... Sekalipun mungkin tidak orang lain nampak... Syukur sangat2.... Sebab saya rasa... Kita tak boleh DOWNGRADE diri kita... Tapi dalam masa yang sama, jangan terlalu berbangga sampai membuatkan orang lain menyampah dengan keistimewaan yang kita ada.... Ingatan untuk diri sendiri....
Minggu ni... Saya akan mencuba satu lagi perkara dan kerjaya baru... Nanti saya akan citekan... Saya nak cuba untuk ke'depan'kan diri saya... Mungkin ini jugak permulaan hidup saya... Kalau tidak mencuba, manakan tau hasilnya... Kan??? Kalau tidak mencuba untuk kali ini... Bila pulak saya nak menjadikan ini sebagai pengalaman pertama saya?? Yer dak??... Terima kasih kepada insan yang memberikan peluang kepada saya... Terima kasih jugak kepada boss saya atas kepercayaan itu... Hihihihi....
Oklah... Terpanggil untuk mencoretkan di sini sebelum saya ada masa untuk menceritakan macam2 aktiviti yang memberikan kesempatan pada saya menaip dan memasukkan gambar2 tentang aktiviti yang telah saya lalui.... Nanti kita sambung lagi ok!!!!
No comments:
Post a Comment