Beautiful Life.....
.
Pada suatu hari, di sekolah.. seorang murid bertanya kepada gurunya... Pada ketika itu, guru itu sedang mengajar mengenai kasih sayang....
.
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?..
.
Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh... Kamu pergi ke padang... Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu... Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali... Dan... Petik rumput yang paling cantik sekali dan bawa ke kelas...
.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya....
.
Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?...
.
Pelajar: Tadi, masa saya berjalan.. Saya carilah rumput yang paling cantik... tapi cikgu kata.. petik yang paling cantik... maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi... Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpe pun yang paling cantik.... Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik... Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik...
.
Cikgu: Ya... Itulah jawapannya.... Maknanya.. apabila kita telah berjumpe dengan seseorang yang kita sayang.. Janganlah lagi kita mencari yang lebih baik dari itu... Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya... Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.... Semoga yang berlalu tidak berulang lagi... Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik....Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...
No comments:
Post a Comment