“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Thursday, 19 March 2015

Day 4 @ HSB ~ HYPOGLYCEMIA @ Blood & Sugar Problem

Ketika menaip untuk entry dalam blog ni… Saya sedang berada di Wad Bunga Raya 6C, Katil 16… Menjadi nurse tak bertauliah… Sebab nak jadi doc, belum sampai masanya lagi… Haha….

Ya.. Ya… Mak admit lagi kali ni… Tahun ni rasanya kali ke 4 atau 5 dah… Kali ni, saya mendapat pengalaman baru… 16 Mac baru2 ni… Masa time lunch, call mak… Mak ok2 ja… Katanya sakit kepala sikit2… Tapi berehat kat bilik saya… Panas katanya nak kena aircond sat… Dan seperti biasa saya meneruskan keje… Nak menunggu jam 5 pm…

Dalam 440pm, Aton call… Sambil menangeh2… Dia minta saya balik tengok mak, sebab dia call mak banyak kali tak berjawab dan minta tolong jiran masuk rumah kami untuk jenguk mak… Dan, adek sebelah umah tu… Tengok mak dah berkelip2 memandang atas… Bunyi seperti dengkuran yang kuat dalam keadaan jaga dan tak dapat berkata apa2 lagi… Mujurlah ada jiran yang baik hati, ramai2 membantu mengangkat mak dari dalam bilik ke ruang tamu sementara menunggu keadaan ambulan… Aton yang call ambulan ketika tu… Time tu Aton keje kat Sik.. Dan katanya lewat malam atau keesokan paginya baru dia balik…

Bila menerima panggilan telefon dari Aton, kebetulan waktu tu saya masih berada di ofis… dan di ofis saya masih ada tetamu yang sedang berbual dengan saya… Pada ketika itu, hanya Allah saja yang tau macam mana paniknya… Walaupun begitu, saya sedaya upaya mencapai apa2 yang perlu untuk tergesa2 pulang… Terima kasih kawan2 di ofis yang memahami situasi saya waktu tu… Air mata? Ianya tak tertumpah lagi… Kerana saya sudah cuba sedaya upaya belajar untuk redha…. Meskipun dalam hati ni Allah saja yang tau…

Balik di rumah… Jiran2 dah penuh duduk di sisi mak… Mengajar mak mengucap… Sesampainya saya di sisi mak… Mereka membuka ruang untuk saya duduk… Saya terkejut melihat mak.. Sebab sebelum ni saya juga pernah melihat orang2 terdahulu yang uzur dan menunggu detik waktunya untuk saat2 terakhir… Ya… Begitulah yang saya alami waktu tu… Mak sudah tak mampu berkata apa2 lagi… Bunyi dengkuran dan seolah2 dia ingin menyatakan sesuatu pada saya… Ketika itu, saya genggam erat tangan mak… Matanya memandang tepat ke muka saya dan mulut seolah2 ingin menyatakan sesuatu… Tangkai hati seolah2 direntap dengan kuat pada ketika itu… Lalu saya membisikkan kalimah Lailahaillah ke telinga mak untuk suruh dia ikut saya menyebut kalimah Allah pada ketika itu….

Ambulans sampai… Saya mengekori mak menaiki ambulan tersebut… Teringat kisah hampir 10 tahun lalu… Saya menaiki van jenazah menemani arwah ayah pulang ke rumah kami dari hospital.. Masih berdetik kuat di ingatan saya berkenaan dengan hal dan peristiwa itu…. Allahuakhbar… Mohon dipermudahkan segalanya buat saya….

Semasa di dalam ambulans, saya sempat menelefon adik lelaki saya… Call Abang… Tidak berjawab… Call Adek… Bertanya khabar dulu sebelum memberitahu hal sebenarnya… Dan Adek confirm nak balik walaupun kelasnya masih baru bermula dan belum selesai lagi… Untuk mention pada abang..Saya serahkan pada adek… Sebab ketika itu… Saya cuma ada mak di depan mata saya untuk saya uruskan… Ketika itu, pihak HSB yang menguruskan apa2 di dalam menenangkan mak pada ketika itu…

Dan akhirnya, mak ditahan di wad YELLOW ZONE sebelum admit ke wad yang saya sedang duduk dan menaip bait2 ayat ni… Dah 3 hari saya cuti menjaga mak… Menguruskan apa2 keperluan di rumah… Aton demam, sakit tekak bernanah… Dan saya masih teguh berdiri… Alhamdulillah…

Dalam banyak2 cerita ni, satu perkara yang saya sangat terkilan… Bila kita ingin berkongsi kesedihan saya… Saya fikir saya berbuat pada waktu dan keadaan yang betul… Malangnya… Saya tersilap sangat2… Saya terasa diri saya bodoh sangat2… Bila keadaan menjadi stabil… Saya ceritakan kebodohan saya pada sorang kawan… “Aku rasa aku ni macam bukan budak PhD bila jadi benda ni kat aku… Bodohnya aku…” dan dia menjawab “Sebab Allah bagi kepandaian kita dalam bidang lain… Dan bukannya dalam apa yang hang dah buat… So la ni hang tau kan apa yang sepatutnya hang kena buat dan tak mengharap apa2 lagi”… Ya saya menangis… Menangis di hadapan orang ramai ketika di ruangan Kecemasan dan Trauma HSB pada ketika itu…. Kalau dia berdiri di hadapan saya… Saya ingin mengucapkan terima kasih… Terima kasih kerana bertalu2 menjadikan saya seperti sekarang… Moga2… Dia tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain… Atau sekiranya berlaku pada insan2 yang dekat dengannya… Ketahuilah… Saya pernah merasakan detik2 yang sangat perit untuk saya lalui pada ketika ini… Pada saat ini….

Buat sahabat2 lama saya… Terima kasih atas kata2 semangat yang diberikan… Tak lupa jugak buat kawan pejabat dan semua2 yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan mak saya… Buat jiran2… Tuhan saja yang mampu membalas jasa baik kalian…. Terima kasih buat semua… Buat saudara mara… Dan semua2 yang mendoakan…

Yang paling penting… Paling utama… Mudah2an Allah memberikan kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan saya…. Merealisasikan masa depan saya… Menjadikan saya sorang anak yang terbaik… Kakak yang bertanggungjawab… Pekerja yang terbaik untuk boss saya… Boss yang disayangi oleh anak2 buah saya… Dan mudah2an ada nanti yang benar2 menghargai saya… Terima kasih…


Mak… Bertahanlah dengan ujian Allah… Cepat dan segeralah sembuh…. 



























































































No comments: