Friday baru2 ni… Date 27 Mac 2015, after bawak mak ke KK
Bandar AS, untuk settle cuci luka operate masa warded hari tu… Terus cari lauk
pauk untuk mak makan for lunch and dinner… Sorry, hari ni kena terap periuk… Si
anak nak pi berpoya2 ngan kengkawan… Tudia.. Bunyi ayat sungguh kejam sekali…
Haha…
Dak laaa…. Aton ada kat umah… So, this is my turn nak have
leisure with bff.. So, lepas settle beli lauk sikit2… Terus hantaq mak balik
umah… Dan saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ambik
Kaklong dulu… Dan sebelum tu singgah ATM Bank Islam untuk ambik duit.. Kaklong
ja yang ambik sebab rasanya duit saya dah cukup untuk aktiviti shopping kat
Padang Besar… Yayaya… Kami nak pi Padang Besaq laaa… Tujuan utama nak beli toto
ja pun… Kikiki… Yer ker? Tapi sebab belum bekfast lagi pagi tu… Dan perut pun
rasa macam meminta2 sangat… Terus je laa singgah KFC yang berdekatan… Ayamnya
kecik.. Alahai.. Mana kenyang kan???? So after having our bfast, kami terus
menyusur secara sentimental ke destinasi impian kami iaitu Padang Besaq…. Jalan
ikut Ladang Tebu… Yang sekarang ni dah tak de tebu… Yang ada cuma pokok2 getah
yang dah boleh ambik hasilnya dan diselang seli dengan ladang kelapa sawit… So,
tebunya mana? Huhu… Ntah!!! Dah abeh….
Kebetulan hari Jumaat, saya berkira2 orang baru dapat gaji…
Walaupun hari bekerja di Perlis tapi sebab musim gaji baru dapat ni mestilah
ada ramai orang kan? Tapi kami amat bernasib baik jugaklaaa… Sebab sampai ja
orang tak ramai… Pusing seround jugak nak cari parking dan at last dapat
parking yang sangat cun sebab berdekatan dengan semua tempat… Pembelian pertama
bermula dengan beli toto 3 dan kelambu 1.. Hahaha… Bahagia gila… Tempat pertama
dah habehkan rm150… Erkkk…..
Rupanya musim durian dah ada kat Padang Besaq ni… Apa lagi..
Snap pic untuk tunjuk kat Aton… Dia soh beli sebijik.. Ya ampun… Sejak pakai
gen2 lagi, tak penah bawak masuk RAJA BUAH ke dalam keta tu… Ni kan nak bawak
masuk dalam MY RED HERO… Sorry for this… Dak laaah kot… Snap gambaq tayang jaaa
laaa kot… Kikiki…. Okeh… Kami memulakan aktiviti shopping dan makan2 kami
dengan agak dahsyat jugak laaa… Sampaikan… Penuh bonet keta sekaligus ruangan
belakang pilot… Sila imagine k….
Lama jugak saya dang Kaklong kat sana… But we really enjoy
our day… Kenyang perut suka hati… Dan balik singgah makan bihun dan koeteow sup
serta es kacang kat Sg. Korok tu… Lamanya tak makan… Kedai pun penuh dah
sepanjang jalan tu… Huh… Lamanya xmai… Sangat2 lama….