“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Sunday, 21 December 2014

Ucapan HUJUNG TAHUN 2014 :)


21/12/2014 ~ New Year 2015 is around the corner… Pagi ni dok wasap dengan BFF… Dok inform azam tahun baru apa… Pelbagai benda nak di azamkan… Saya pula… Bukan saja tahun macam ni.. Tapi setiap kali sambut tahun Islam pun dok berazam bagai… Tapi, x lah berubah banyak pun… Kalau berubah pun… Ada lah ciput2 ja… Kikiki… Jadilah kan dari tak berubah langsung……

2014, pada awalnya memberikan kebahagiaan buat saya.. Tapi tak lama…. Pertengahannya menerima pelbagai ujian mungkin sebab Allah nak tengok kekuatan dan ketabahan hati saya untuk melaluinya… Bila diuji… Allah pasti menghidangkan sesuatu yang lebih baik sebagai reward… Alhamdulillah…. Allah ambik… Dan Allah bagi yang lain…..

So untuk incoming year 2015 ni… Baiklah kita mulakan dengan yang baik2 ja kan? Minggu ni… Minggu last saya keje… Start Krismas nanti, saya akan bercuti lagi sampai laa ke hujung tahun… Kat ofis pun, tak de apa sangat nak buat… Cewah… Bukan tak de keje… Orang pun ramai yang habikan cuti hujung tahun… Saya ni, ada berbaki sikit.. Masukkan cuti ke pencen dan selebihnya carry forward untuk year 2015… Alhamdulillah… Cuti tahun ni baki banyak lagi… So, tahun depan bolehlah merancang nak ke mana2 pula….

Sorang kawan saya berazam nak cantik…. Hehehe… Sorang kawan saya nak ada anak….. Dan saya mendoakan mereka success dan tercapai hendaknya impian mereka tahun depan… Dan saya pula… Cukuplah sekadar lebih baik dari tahun2 sebelumnya… Dan dapat ubah speed pengajian PhD saya supaya lebih laju dan terus laju…. Mudah2an… Dapat menggondol lagi gulungan ijazah tersebut seperti yang diidamkan… Amin…. Selain tu… Nak cari pasangan hidup laaa… Yang memahami… Yang penyayang… Yang dapat terima saya seadanya… Yang dapat membimbing saya… Atau kami sama2 membimbing ke arah yang lebih baik…. Dan paling penting… Hormat mak saya…. Ambik berat tentang keluarga saya… Dan tak menipu saya… Amin… Amin… Amin… Seterusnya, nak jadikan tahun 2015, tahun menabung… Sebab banyak keperluan saya dah banyak yang kurang dan tak perlu saya kejar2 lagi… Kereta sudah selesai… Baju raya dah ada 13 pasang… Hahahah… Lawak sungguh…. Yang keperluan lainnya, nanti lah kalau ada rezeki lebih boleh lah beli kan?? Soal nak cantik.. Eh.. Sekarang tak cantik lagi ka??? Hahahaha… Yang tu, selalulah kena jaga… Walau orang lain pandang kita tak cantik… Biarlah kita sentiasa rasa selesa dengan apa yang Allah anugerahkan buat kita… Kan????

Soal percutian tahun depan pulak… Nak yang berhemah laa… Not sure CAMERON HIGHLANDS (CH) itu akan menjadi keutamaan pada saya atau tak lagi.. Tapi, insha Allah… Ada masa… Ada kesesuaian dan kelapangan… Pastilah saya akan ke sana setiap tahun… Cuma rasa perlu itu tidaklah sekuat dulu lagi….

Kalaulah boleh menunaikan umrah… Saya nak pergi… Cuma sekarang kena ada muhrim… Untuk orang berstatus macam saya kena ada muhrim… Tak boleh menumpang orang… Hmmm… Mudah2an Allah mempermudahkan perjalanan saya ni sebab saya nak sangat ke sana… Untuk memohon pertolongan Allah… Untuk jadikan saya semakin baik… Lebih tenang… Lebih redha terima semua ujian Allah…


Untuk mak…. Untuk adik2… Untuk anak2 saudara saya yang sentiasa menceriakan hidup saya… Menguatkan hati saya… Mendengar keluh kesah saya… Melayan tangisan saya… Anda adalah ibarat denyutan jantung dalam diri saya…. Untuk BFF, terima kasih sebab selalu memberikan kata2 semangat di saat kita berkongsi cerita suka duka… Buat UM… Terima kasih kerana menjadi peneman dan penasihat setia sejak hampir 10 tahun yang lepas… Sekalipun adakalanya layanan yang saya berikan agak hambar, tetapi dia tetap selalu cuba menggembirakan hati saya…. Buat JR, thanx coz always make me sweet…. Sekalipun kita berbeza agama, negara, budaya namun… U always make me happy terutamanya saat2 saya perlukan seseorang macam ni… Dia berikan galakan… Berikan kekuatan… Berikan peluang untuk saya melangkah ke depan… Dan… Tak lupa buat CH… Tak tau apa nak cakap… Tq so much…. Tq so much… J

1 comment:

eynda said...

Comeynyaaaa.... :-)