“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Thursday, 12 June 2014

Goreng PISANG C H E E S E !!!

***
Pagi ni... Hujan membanjiri bumi Alor Setar... Syukur... Rasa sejuk sikit... Hati pun tak sesejuk ujan di pagi hari ni... Minda pun tak lancar seperti pagi ni... Ada sesuatu yang akan terus menjauh... Pergi jauh dan semakin jauh... Di pihak saya... Jauh di sudut hati paling dalam... Hanya perkataan yang mampu diucapkan ialah REDHA... Hidup kena teruskan... Terbaca sesuatu dari rakan blog... Mengandung anak ke dua... Kembar 4.. Dan ke4 - 4 orang meninggal... Allah... Kuatnya dugaan Mu itu... Kuatnya dia untuk menanggung kesedihan... Membina semula kekuatan... Dan membandingkan dirinya dengan saya... Allah lebih kuat mengujinya dari saya... Dan hari ni jugak... Melihat seorang sahabat kehilangan sorang ayah... Hati turut tersentuh... Terimbau kembali pemergiaan ayah yang saya sendiri alami... Di saat2 memerlukan insan untuk meniup semangat... Mereka telah pergi untuk selama2nya... Jadi hargailah selama mana ianya masih ada... Jika ada tapi hati sudah berpaling... Perkataan selembut mana pun sudah tidak membawa erti lagi... Adakalanya kita tak pernah menghargai selama mana seseorang berada dengan kita sehinggalah erti kehilangan itu perlahan-lahan meresap masuk ke dalam hati dan saat itu insan itu sudah tidak dapat dibalikkan kembali hatinya kepada kita... Nau'zubillah... Hindarkanlah... Andai terjadi... Gantilah ianya dengan yang lebih baik... 

Saya teringin nak mengumpul puisi... Cukup untuk dibukukan dalam satu buah buku... Mari kita mengarang... Kikikiki... Tajuknya???

HATI ITU... 

Walaupun darah yang mengalir
Tidak mampu menjadikan arusnya cair
Bukan boleh dikepal
Tidak juga boleh digenggam
Tidak pasti sejauh mana kerasnya
Tidak diduga pula
Sejauh mana lembutnya
Jika dikatakan busuk
Adakah sejijik najis?
Jika dianggap mulia
Adakah sehebat penyair cinta?
Yang tidak pernah memburukkan kata
Inilah peneman jiwa
Dekat dan lekat pada diri
Tetapi tidak mampu dikawal
Kadang-kadang bersikap toleransi
Kadang-kadang hidup diperjudi
"h a t i"

Berniaga!! Tetiba pagi ni terfikir... Apa perniagaan yang mampu dilakukan untuk menambah pendapatan harian saya... Dunia semakin ligat berputar... Famous sekarang @ Kedah... Not sure tempat2 lain.. Tapi tempat ni siap masuk dalam WARTA BERITA.. Hikhik... TV 9... Canggeh dan dahsyat depa... Bila laaa CIk M leh glamour macam depa dengan bakat berniaga Cik M... Hahaha...

Whislist.... Nak beli mesin jahit baru yang portable... Nak jahit barang kraftangan.... Atau alas2 meja dan kotak2 pensil... Leh juai online... Sapa nak beli???.. Cewah... Serba buleh aihhh Cik M ni... Hahahaha... Sila buat muka meluat... Cik M sedang masuk bakul dan angkat sendiri.. K bye.... 















1 comment:

norhanita said...

Sedapnyaa. Teringin la pulakk 😍😍😍