“THE WORLD OF MINE 2” ADALAH KESINAMBUNGAN DARI “THE WORLD OF MINE” (http://mmasreena78.blogspot.com/) YANG PERTAMA... MEMAPARKAN SEBAHAGIAN DARI KISAH DAN PERJALANAN HARIAN SAYA... DI RUANGAN INI SAYA PAPARKAN KISAH SUKA DAN DUKA HIDUP SAYA... SEMUA KENANGAN SAYA LAKARKAN DI SINI SEBAGAI RUANGAN PALING RAPAT DENGAN SAYA.. ANDAINYA TIADA LAGI TITIPAN DI SINI... MAKA.. BERAKHIRLAH PERJALANAN HIDUP SAYA... SEGALANYA DI SINI...

LIFE ~ LOVE ~ LAUGH

~ VISIT ME ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

.: FOLLOWERS :.

Friday 20 April 2012

Bengkel PERANCANGAN STRATEGIK Untuk Kakitangan PPAK

Alhamdulillah... Sepanjang 1 1/2 hari yang bermula dari 18 - 19 April 2012... Saya dan rakan sekerja, Kak Dilla berjaya mengendalikan Bengkel Perancangan Strategik kepada hampir 30 orang pegawai dan kakitangan PPAK... Ini adalah kesinambungan dari kursus yang telah kami berdua attend di Langkawi Mac lalu... Walaupun, ilmu dalam membuat perancangan strategik ini masih perlu banyak digarap... Tetapi kami membuat yang terbaik dalam perkongsian maklumat.... Terima kasih pada semua pihak yang memberikan kerjasama dan input dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberi...

Saya dan Kak Dilla dah decide untuk bahagikan kepada 4 kumpulan yang masing-masing menamakan kumpulan masing2 seperti berikut:
  1. Stoberi Cokelat
  2. Jagong Maneh Melecass
  3. Cactus Valley
  4. Gobeh Bunga Gebuss
Nama-nama di atas di ambil sempena dengan bengkel yang sepatutnya di buat di Cameron Highlands dan akhirnya terpaksa dilakukan di Auditorium PPAK sahaja... Tapi semangat yang diberikan amatlah memberansangkan... Alhamdulillah....

Sempat bergambar pada hari kedua bersama dengan Pengarah kami, Dr. Zahidi b. Dato' Hj. Zainol Rashid, yang turut serta memberi semangat.... Cewah ayat!!!

Gambar ihsan dari kamera Nikman... Ala2 retro gitew.... Time ni giliran Kak Dilla memberikan contoh2 selepas sesi pertama yang saya bagi...

As usual... Posing penceramah adalah WAJIB.....

Menghilangkan gemuruh yang sebenarnya tak gemuruh langsung.... Hahahaha....





Alhamdulillah... Lokasi walaupun bukan di Cameron... Tapi sangat selesa di rumah sendiri... Kan kawan2????

Kawan-kawan saya yang sangat sporting... Memberi kerjasama dalam tayangan JOGET KUCING yang saya selitkan dalam bengkel ini sebagai aktiviti santai dan senaman ringan.... Ngeeeee

Wajiblah... Lappy yang sangat berbakti kepada saya.....

Post sengeh2 kucing.....


Time ni.. Group CACTUS VALLEY sedang bertungkus lumus mencari file yang dah siap tapi malangnya telah dimakan VIRUS... Kena buat semula... Kesiannn.... Tapi mereka sangat kuat semangat.. Tahniah....

Dr. ZZR... Yang turun padang bagi memberikan semangat walaupun sangat bz dengan keje2 pengurusan....

Sila daftar dulu ekkkkk....



Nape ada botol kicap... Ohhh Nak cicah jambu ngan kicap... Sebab tak dapat makan stoberi ngan cokelat kan??


saya.... snap gambar sendiri.. Sama laa pic lagi satu kat bawah ni... Kekekeke


Hadiah kecil2an untuk group yang menang dalam pembentangan


Posing penceramah pada hari yang kedua....

Ok.. Depa dah menang.. Dari kumpulan JAGONG MANEH MELECASS



Group yang salah memahami konsep... Tapi sampai dah settle bengkel pun masih setia berkumpul dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh fasilitator... TAHNIAH kumpulan STOBERI COKELAT...

Ok... Settle semua dah... Sila makan.... Makan free hari kedua.....

No comments: